“Rezeki secupak takkan jadi segantang”Ini pepatah Melayu lama. Dalam pepatah ini ada yang benar, ada yang salah.
Yang benarnya ialah, rezeki setiap manusia itu sudah ditentukan sejak mula-mula manusia itu diciptakan. Dan setiap butir nasi (baca rezeki) yang ditakdirkan kepada kita akan melalui kerongkongan kita sebelum kita mati. Ini jaminan dari Allah Azza Wa Jalla. Ini bermaksud manusia akan mati apabila semua rezeki yang dituliskan untuknya selesai sampai kepadanya.
“Janganlah kamu merasa, bahwa rezekimu terlambat datangnya, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah, Abdurrazzaq, Ibnu Hibban, dan al-Hakim, serta dishahihkan oleh al-Albani)“Kalau sudah ditakdirkan secupak, maka apa perlu kita ikhtiar lagi.”
Ini yang salah, pada pemahamannya. Siapakah yang tahu tentang secupak atau segantangnya rezeki seseorang. Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan Allah Yang Memberi Rezeki. Seperti kata nabi,
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)Pola tawakkal sang burung ini perlu difahami dengan benar. Ia sendiri tidak mengetahui di pohon manakah rezekinya akan ditermui atau ulat manakah yang akan menjadi santapan keluarganya pada hari itu. Yang penting, setiap pagi ia keluar mengepakkan sayapnya hinggap dari satu pohon ke satu pohon yang lain.
Berkat dan Mudah
Benar rezeki secupak takkan jadi segantang. Oleh yang demikian, jangan dihirau sama ada secupak atau segantang atau setahil.
Yang akan ditanya kelak di hari kemudian ialah bagaimana kita memperoleh yang ‘secupak’ itu dan bagaimana kita membelanjakan yang ‘secupak’ itu.Ini yang dimaksudkan oleh Nabi seperti yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi dalam kitab Sunannya.
Yang mencukupkan keperluan manusia ialah Allah Azza Wa Jalla. Tidakkah kite pernah mendengar seperiuk makanan mampu mengenyangkan sebatalion angkatan tentera. Juga, bukankan kita pernah mendengar manusia yang mati melarat dalam mahligai besar tersergam indah dipenuhi harta dan kemewahan dunia.Seperti kata pepatah, “ayam mati di kepuk mati.“
Belajar bisnes ialah belajar mengurus supaya mudah masuk dan hemat keluar. Ramai orang yang tidak belajar urus bisnes, namun bisnesnya tetap survive bertahun-tahun lamanya. Betapa banyak restoran yang makanannya tidak sedap dan suasananya tidak bersih, namun pemiliknya tetap terus hidup mengaut wang dan untung dari pelanggan. Kerana rezeki itu sudah ditentukan.
Yang membezakan orang yang belajar urus bisnes dan orang yang tidak belajar urus bisnes ialah, cara beroleh untung itu mudah atau payah.
Rezekinya masing-masing sama. Namun ada orang peroleh dengan cara yang mudah, ada yang lain peroleh dengan cara yang susah.
Ada orang yang beroleh dengan cara yang haram, manakala ada orang yang lain bersabar mengelak dari menerima yang haram. Dan kemudiannya Allah gantikan juga dengan cara yang halal.
Seorang bisnes menceritakan, bahawa syarikatnya diminta untuk memberi rasuah untuk mendapatkan kemudahan dari sebuah skim kerajaan. Demi menjaga amanah dan keberkatan bisnes, pemilik bisnes ini memilih untuk tidak menikmati kemudahan itu dengan tidak memberi rasuah.
Allah telah mentakdirkan bahawa kemudahan itu tetap akan menjadi miliknya. Tidak berapa lama selepas itu, pegawai yang mengurus kemudahan itu bertukar, dan pengurus yang baharu membuat pertimbangan semula. Akhirnya bisnesnya menerima kemudahan itu dengan cara yang tidak melibatkan rasuah a.k.a halal.
c&p
No comments:
Post a Comment